Make your own free website on Tripod.com

Jabat Angin...Gerak Sihat

 

 

  | Home Pengenalan |  Apa Itu Jabat Angin?| Pusat Latihan | Berita Terkini| Pendaftaran|

APA ITU SENAMAN JABAT ANGIN?

Jabat Angin adalah gabungan gerak badan dan gerak angin dimana keduanya memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

GERAK BADAN - 

            

Menggerakkan anggota badan dan pertalian urat-urat saraf tangan dan kaki ke bahagian organ-organ dalaman badan yang utama seperti jantung, paru-paru dan otak. Pergerakkan ini dapat memulihkan kembali urat-urat saraf yang kempis, rosak dan berselaput.

 

 

GERAK ANGIN - 

            

Berfungsi memasukkan udara atau menyedut melalui hidung dan menghembuskan melalui mulut. Cara pernafasan yang betul boleh menyegarkan dan menenangkan fikiran

 

 

Gerak Sihat ini terbahagi kepada 7 gerak utama:-

1.   Jabat Tangkis

2.  Jabat Mendaki

3.  Jabat Mendayung

4.  Jabat Kupu-Kupu

5.  Jabat Tahan Nafas

6.  Jabat Kawat Tangan

7.  Jabat Buang Masalah dan Kerunsingan

           

 

 

 

 

Cara Pergerakkan:-

1.  Mengembungkan kembali urat saraf yang telah kempis

2.  Memecahkan ketulan-ketulan lendir dalam urat saraf

3.  Membuangkan lemak-lemak yang berlebihan dalam badan.

4.  Menegangkan urat saraf yang kempis

5.  Mengeluarkan peluh, iaitu cecair yang tidak diperlukan dalam badan

6.  Menghilangkan ketegangan atau stress

            

 

 

Gerak sihat ini sesuai diamalkan oleh semua individu. Namun terdapat penyesuaian Gerak Jabat Angin untuk setiap individu. Penyesuaian ini adalah berdasarkan aspek cara pekerjaan dan cara kehidupan yang diamalkan oleh setiap individu.

1.

            

 

Golongan profesional seperti doktor, profesor, pemimpin, ahli-ahli korporat, imam dan hafiz Al-Quran, jurutera dan sebagainya. Golongan seperti ini banyak menggunakkan daya permikiran (otak) daripada tenaga, lebih banyak melakukan kerja sambil duduk dan terdedah pada hawa dingin serta masa senggang yang terhad.

Jabat Angin yang sesuai adalah:-

a)   Jabat Mendaki

b)  Jabat Mendayung

c)  Jabat Kawat Tangan

 

 

2.

            

 

Golongan pelajar-kanak kanak hingga ke dewasa (tadika-universiti)

a)  Jabat Kawat Tangan

b)  Jabat Mendaki

 

 

3.

            

 

Golongan yang melakukan kerja berat seperti buruh kasar, pemandu lori, polis, petani, nelayan serta ahli sukan seperti bina badan, taekwan do, tinju dan sebagainya. Mereka ini sesuai mengamalkan:-

a)  Jabat Mendaki

b)  Jabat Mendayung

c)  Jabat Tangkis

 

 

4.

            

Warga tua dan pesakit jantung, darah tinggi, migraine, resdung, sakit tulang dan sendi dan individu yang baru menjalani pembedahan. Golongan ini perlu mendaapat khidmat nasihat jurulatih tentang jabat yang sesuai dengan kondisi tubuh badan mereka.

 

 

5.

            

 

Individu yang ingin awet muda dan pernafasan yang panjang seperti penyanyi dan sebagainya.

a)  Jabat Mendaki

b)  Jabat Mendayung

c)  Jabat Kawat Tangan

 

 

6.

            

 

Begitu juga kepada bekas penagih dadah yang ingin membersihkan diri dan jiwa mereka. Golongan ini perlu mendapat nasihat dan bimbingan daripada jurulatih tentang jabat yand sesuai dengan mental dan fizikal mereka.

 

 

Tempat dan Waktu?

Gerak sihat ini boleh dibuat dimana sahaja. Gerakkannya yang mudah, tidak memerlukan tenaga yang banyak, ruang yang luas dan masa yang panjang. Justeru itu, ianya sesuai dijadikan sebagai amalan harian.

Samada secara individu atau berkumpulan, pergerakkan yang tepat dan betul dapat memberi manfaat kepada diri kita. Namun, apabila dilakukan secara beramai-ramai dapat mengeratkan dan menambahkan perasaan muhibbah dan kerjasama antara individu, rakan-rakan dan seterusnya masyarakat.

         

Ke-Atas

 

 

 

 

Langkah Pendekar, Langkah Berisi, Langkah Penangkis Pengenal Diri, Gerak Segar Gerak Jasmani, Jahat Angin Menyayangi Diri