Jabat Angin...Gerak Sihat
|
PENGENALAN Gerak Silat Jabat Angin bersifat global. Pergerakannya tidak hanya untuk mempertahankan diri sahaja tetapi menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin diri, baik untuk kesihatan, bagus untuk kecerdasan otak, juga dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Untuk itu ianya lebih sesuai dikenali dengan nama GERAK SIHAT. Pengunaan nama ini secara tidak langsung memecahkan "barrier" yang mengklasifikasikan silat sebagai budaya bangsa Melayu sahaja. GERAK, seiring dengan alaf baru ini kita perlu bergerak dan membina diri dari segi sosial, ekonomi dan politik. SIHAT, menjurus kepada kesihatan. Ini adalah elemen yang amat penting bagi setiap insan. Justeru itu, Gerak Sihat Jabat Angin boleh dianggap sebagai satu budaya, seni dan amalan yang boleh di ikuti dan dipraktikan oleh semua golongan. Ianya adalah baik untuk membina kekuatan jiwa dan minda, ketenteraman dan pergerakkan secara berkumpulan dapat membina sifat kesatuan dan perpaduan sesama insan.
|