APA ITU SENAMAN JABAT ANGIN?
Jabat Angin adalah gabungan gerak badan dan gerak
angin dimana keduanya memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh badan kita.
GERAK BADAN -
|
Menggerakkan anggota
badan dan pertalian urat-urat saraf tangan dan kaki ke bahagian
organ-organ dalaman badan yang utama seperti jantung, paru-paru
dan otak. Pergerakkan ini dapat memulihkan kembali urat-urat saraf
yang kempis, rosak dan berselaput. |
|
GERAK ANGIN -
|
Berfungsi memasukkan
udara atau menyedut melalui hidung dan menghembuskan melalui mulut.
Cara pernafasan yang betul boleh menyegarkan dan menenangkan
fikiran |
|
Gerak Sihat ini terbahagi
kepada 7 gerak utama:-
1. Jabat
Tangkis
2. Jabat Mendaki
3. Jabat Mendayung
4. Jabat Kupu-Kupu
5. Jabat Tahan
Nafas
6. Jabat Kawat
Tangan
7. Jabat Buang
Masalah dan Kerunsingan
|
|
|
Cara Pergerakkan:-
1. Mengembungkan
kembali urat saraf yang telah kempis
2. Memecahkan
ketulan-ketulan lendir dalam urat saraf
3. Membuangkan
lemak-lemak yang berlebihan dalam badan.
4. Menegangkan urat
saraf yang kempis
5. Mengeluarkan
peluh, iaitu cecair yang tidak diperlukan dalam badan
6. Menghilangkan
ketegangan atau stress
|
|
|
Gerak sihat ini sesuai diamalkan oleh semua individu.
Namun terdapat penyesuaian Gerak Jabat Angin untuk setiap individu. Penyesuaian
ini adalah berdasarkan aspek cara pekerjaan dan cara kehidupan yang diamalkan
oleh setiap individu.
1.
|
Golongan profesional
seperti doktor, profesor, pemimpin, ahli-ahli korporat, imam dan
hafiz Al-Quran, jurutera dan sebagainya. Golongan seperti ini
banyak menggunakkan daya permikiran (otak) daripada tenaga, lebih
banyak melakukan kerja sambil duduk dan terdedah pada hawa dingin
serta masa senggang yang terhad.
Jabat Angin yang sesuai
adalah:-
a) Jabat
Mendaki
b) Jabat Mendayung
c) Jabat Kawat
Tangan |
|
2.
|
Golongan pelajar-kanak
kanak hingga ke dewasa (tadika-universiti)
a) Jabat Kawat
Tangan
b) Jabat Mendaki |
|
3.
|
Golongan yang melakukan
kerja berat seperti buruh kasar, pemandu lori, polis, petani,
nelayan serta ahli sukan seperti bina badan, taekwan do, tinju
dan sebagainya. Mereka ini sesuai mengamalkan:-
a) Jabat Mendaki
b) Jabat Mendayung
c) Jabat Tangkis |
|
4.
|
Warga tua dan pesakit
jantung, darah tinggi, migraine, resdung, sakit tulang dan sendi
dan individu yang baru menjalani pembedahan. Golongan ini perlu
mendaapat khidmat nasihat jurulatih tentang jabat yang sesuai
dengan kondisi tubuh badan mereka. |
|
5.
|
Individu yang ingin awet
muda dan pernafasan yang panjang seperti penyanyi dan sebagainya.
a) Jabat Mendaki
b) Jabat Mendayung
c) Jabat Kawat
Tangan |
|
6.
|
Begitu juga kepada bekas
penagih dadah yang ingin membersihkan diri dan jiwa mereka.
Golongan ini perlu mendapat nasihat dan bimbingan daripada
jurulatih tentang jabat yand sesuai dengan mental dan fizikal
mereka. |
|
Tempat dan Waktu? Gerak
sihat ini boleh dibuat dimana sahaja. Gerakkannya yang mudah,
tidak memerlukan tenaga yang banyak, ruang yang luas dan masa yang
panjang. Justeru itu, ianya sesuai dijadikan sebagai amalan harian. Samada
secara individu atau berkumpulan, pergerakkan yang tepat dan betul
dapat memberi manfaat kepada diri kita. Namun, apabila dilakukan
secara beramai-ramai dapat mengeratkan dan menambahkan perasaan
muhibbah dan kerjasama antara individu, rakan-rakan dan seterusnya
masyarakat.
Ke-Atas
|
|
|
|